10 September 2024
Bengkel Meja Bulat Penyelidikan dan Pewartaan Sate Kajang: Makanan Warisan Selangor telah diadakan pada 10 September 2024 (Selasa) dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Ballroom 2, Hotel De Palma, Shah Alam. Bengkel ini merupakan platform penting untuk membincangkan dan menilai penyelidikan mengenai Sate Kajang, dengan fokus khusus pada usaha pewartaan makanan ini sebagai warisan budaya Selangor.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk mendapatkan kesepakatan dan pengesahan daripada pakar-pakar, ahli gastronomi, budayawan, serta penggiat industri sate. Para peserta akan berusaha mengenal pasti ciri-ciri unik dan signifikan Sate Kajang yang membolehkan ia diwartakan sebagai Makanan Warisan Selangor.
Bengkel ini diharapkan dapat memperkukuhkan pengiktirafan Sate Kajang sebagai simbol makanan warisan yang berharga dan memelihara warisan budaya tempatan.