Kisah Kami

Menu-Tauhu dan Kuih Goreng
Aroma sate mengasyikkan dari kibasan kipas memenuhi segenap ruang di sebuah warung sate di Simpang Balak, Kajang membawa seribu perasaan nostalgia yang mengalir deras di hati pencinta sate Kajang. Sate Rono ialah tempat di mana setiap gigitan membawa kenangan manis masa lalu yang terukir dalam sejarah keluarga.

Berdiri teguh sejak tahun 2009, Sate Rono bukan hanya sebuah perniagaan, tetapi satu warisan turun-temurun keluarga sejak generasi terdahulu. Ianya bermula dari langkah-langkah kecil Haji Nor Ramdzan bin Haji Sidek yang kemudiannya mengukir sejarah sebagai antara sate Kajang yang terbaik. Memori ayahanda beliau, Haji Sidek bin Haji Rono yang membuka landasan pentas untuk Haji Nor Ramdzan mengatur langkah-langkahnya masih segar terpahat di dalam setiap irama langkah Sate Rono, lantas membawa kita kembali ke zaman keemasan sate Kajang suatu masa dahulu.

Keistimewaan Sate Rono tidak hanya terletak pada saiz satenya yang besar dan rasa yang padu, tetapi juga pada komitmen terhadap penjagaan kualiti yang tinggi. Setiap hidangan disajikan penuh teliti, menggunakan hanya bahan-bahan berkualiti seperti peha ayam segar, daging batang pinang dan peha biri-biri yang lembut, menambat deria rasa setiap pelanggan.
Tiada campuran MSG atau bahan tambahan perisa yang menjadi asas keraguan digunakan di dalam penyediaan sate di Sate Rono; penggunaan rempah ratus asli dan berkualiti menjadi salah satu rahsia kejayaan setiap hidangan.

Warung Sate Rono bukan sekadar persinggahan untuk mengalas perut, tetapi ianya adalah tempat keluarga berkumpul merapatkan jalinan kekeluargaan. Ianya juga dijadikan tempat sahabat handai bertemu setelah sekian lama dikekang masa mencari rezeki di bumi Allah. Di sebalik suasana mesra yang penuh tawa ceria disulami dengan cerita-cerita lama, Sate Rono juga menjadi destinasi pilihan untuk sambutan istimewa seperti sambutan hari lahir, sambutan meraikan kejayaan kaki pancing, selain perjumpaan ahli keluarga dan jamuan korporat syarikat.

Keaslian setiap hidangan sentiasa membawa sentuhan nostalgia yang tidak dapat dilupakan, mencipta kenangan indah yang terpahat kuat di sanubari pengunjung buat selama-lamanya.
Hj Rono
Foto ini diambil pada 25 Jun 1965 sempena perasmian Medan Sate Kajang , Jalan Sulaiman oleh Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Bin Idris.

Turut kelihatan, Haji Tasmin Bin Sakiban (bersampin hitam), Haji Rono Bin Sakiban (berserban putih) dan Haji Sidek Bin Haji Rono (berbaju melayu gelap dan bersongkok).

Lokasi Shell ini kini merupakan Plaza Metro Kajang.

Keluarga

Sate Kajang

Tahukah anda kebanyakan pengusaha sate di Kajang adalah bersaudara dan berasal daripada susur galur yang sama?

Berikut adalah pengusaha Sate Kajang daripada susur galur Haji Rono yang masih mengusahakan sate sehingga kini.

Pasti anda kenal antara nama-nama ini kan?

Visi & Misi

Sebagai pengusaha sate dari keluarga pelopor sate Kajang, Sate Rono sentiasa berusaha untuk menjadi jenama sate Kajang terbaik dengan menawarkan produk berkualiti serta pengalaman ‘dining’ yang menarik buat seisi keluarga.

Legasi Haji Sidek Bin Haji Rono

timeline 1940
1940 - 1965
Haji Sidek Bin Haji Rono berniaga secara berkandar di sekitar awal tahun 1940 – 1965 dengan menumpang di hadapan kedai Kopi Ban Seong di Jalan Sulaiman.

Lokasi kedai ini kemudiannya diambil alih oleh KFC sehingga kini.
timeline 1965
1965 - 2006
Medan Sate Kajang, Jalan Sulaiman.

Haji Sidek mengusahakan 4 unit gerai di Medan Sate Kajang, Jalan Sulaiman.
timeline 1991
1991 - 1998
Medan Sate Stadium Kajang.

Berpindah sementara ke Medan Sate Stadium Kajang sementara proses pembaikan di Medan Sate Jalan Sulaiman dan sementara menunggu pembinaan medan selera baharu di Jalan Kelab.

Disini, Haji Sidek juga menguruskan 4 unit gerai.

Medan selera ini telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek naiktaraf Stadium Kajang.
timeline 1998
1998 - 2006
Medan Sate Kajang, Jalan Kelab.

Berpindah ke medan selera yang baharu dan juga menguruskan 4 unit gerai disini.
Setelah Haji Sidek Bin Haji Rono meninggal dunia pada 25 Mac 2006, kesemua gerai-gerai di Medan Sate Kajang, Jalan Sulaiman dan Medan Sate Kajang, Jalan Kelab telah diserahkan semula kepada Majlis Perbandaran Kajang dan diambil alih oleh peniaga lain.
timeline 2009
2009 - Kini
Kemunculan semula Sate Warisan Haji Sidek Bin Haji Rono dibawah jenama RONO®.

Perniagaan ini diusahakan oleh Haji Nor Ramdzan Bin Haji Sidek dan keluarga.

Haji Nor Ramdzan merupakan anak sulung lelaki kepada arwah Haji Sidek Bin Haji Rono dan merupakan satu-satunya anak kepada arwah Haji Sidek yang masih mengusahakan sate sehingga kini.
timeline 1960
2016 - Kini
Food truck yang digunakan untuk tujuan katering, majlis keramaian dan pesta makanan.
timeline 2020
2020 - 2023
Rumah Sate RONO, Jalan Timur.
timeline 2023
2023 - Kini
Sate RONO Prima Saujana, Kajang.