Soalan Lazim

Mee Kari
Dimanakah lokasi Sate RONO?
Berikut adalah cawangan Sate Rono:

Cawangan Simpang Balak: Google Map
Lot 750 Batu 13, Jalan Cheras,
43000 Kajang, Selangor.

Cawangan Prima Saujana: Google Map
F-17-GA & F-19-GA, Jalan Prima Saujana 2/D,
Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor.
Waktu operasi Sate RONO adalah pada 3pm – 11pm. Cawangan kami dibuka setiap hari, kecuali pada hari Rabu.

Untuk kepastian waktu operasi pada hari Cuti Umum (seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha), sila rujuk waktu operasi kami di Google.

Sate Rono Simpang Balak: Google Map
Sate Rono Prima Saujana: Google Map
Tidak, Sate RONO hanya mempunyai 2 cawangan kedai setakat ini. Jika anda mendapati terdapat perniagaan yang menggunakan nama yang sama selain daripada cawangan Simpang Balak dan Prima Saujana, sila adukan kepada kami melalui +6011-6563 6996.
Adakah Sate RONO menawarkan perkhidmatan penghantaran?
Ya, Sate Rono menawarkan perkhidmatan penghantaran. Pesanan boleh dibuat melalui saterono.beepit.com.

Ikuti sahaja langkah mudah ini:

1. Masukkan alamat penghantaran anda ke Semak Kawasan Penghantaran.
2. Pilih cawangan yang terdekat dengan anda.
3. Pilih tarikh dan masa penghantaran pilihan anda.
4.Mula menambah item ke troli. Daftar keluar, bayar dan kami akan hantar!
Semua pesanan adalah made-to-order dan akan dibuat sejurus selepas kami menerima pesanan. Pelanggan tidak dibenarkan membatalkan atau menukar pesanan setelah pesanan mula disediakan.

Walaubagaimanapun, penukaran atau pembatalan pesanan dibenarkan untuk prapesanan, dengan syarat sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tiba masa pesanan yang diminta.

Sila hubungi +6011-6563 6996 untuk sebarang bantuan.
SMS pengesahan pesanan akan dihantar ke nombor mudah alih berdaftar anda setelah pesanan anda diserahkan. Sila klik link yang terdapat di dalam SMS anda untuk mengetahui status pesanan anda.

(Jika anda tidak menerima SMS dalam peti masuk anda, sila hubungi cawangan dimana anda membuat pesanan tersebut, kami akan cuba membantu anda)
Sila hubungi cawangan terbabit untuk memaklumkan tentang item anda yang hilang. Kami akan menguruskan item untuk dihantar kepada anda secepat mungkin. Pastikan anda mengambil gambar dan memberi nombor pesanan anda untuk rujukan kami.
Buat masa ini, pengkhidmatan ini adalah untuk 25km radius dari cawangan kami sahaja. Anda akan digesa untuk menyemak alamat anda apabila anda mula membuat pesanan dalam talian.
Tempahan dalam talian dibuka selama 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Masa penghantaran disediakan dari jam 4.00 petang sehingga 10.30 malam dari Isnin hingga Ahad, kecuali Rabu.
Kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan secepat mungkin untuk memenuhi keperluan anda.

Anggaran masa penghantaran akan ditunjukkan dalam setiap pesanan yang anda buat dalam talian:

Pesanan kurang daripada RM150 akan sampai dalam masa lebih kurang 1 jam.
Pesanan melebihi RM150 akan sampai dalam masa lebih kurang 1.5 jam.
Pesanan melebihi RM250 akan sampai dalam masa lebih kurang 2 jam.
Pesanan melebihi RM350 akan sampai dalam masa lebih kurang 2.5 jam.
Pesanan melebihi RM500 akan sampai dalam masa lebih kurang 3.5 jam.

Untuk tempahan besar melebihi RM1,000 , sila hubungi pasukan Katering kami di +6011-6563 6996.

Masa diatas adalah anggaran sahaja. Masa penghantaran mungkin berbeza bergantung pada status kedai, ketersediaan penghantar makanan dan juga keadaan cuaca.
Berikut adalah pilihan pembayaran yang tersedia untuk pesanan penghantaran:

  • Kad Kredit (Visa & MasterCard)
  • Kad Debit (Visa & MasterCard)
  • Online Banking
  • E-dompet (GrabPay & Touch ‘n Go eWallet)
Pesanan minima RM10 dikenakan untuk pembayaran melalui Online Banking. Tiada pesanan minima untuk pembayaran selain daripada Online Banking.
Ya, anda boleh membuat tempahan prapesanan sehingga 5 hari lebih awal melalui saterono.beepit.com. Semasa proses pesanan, pilih tarikh dan masa penghantaran pilihan yang anda kehendaki.
Anda akan digesa untuk ‘Log Masuk’ atau ‘Daftar’ apabila anda melalui proses pesanan. Pendaftaran hanya semudah dengan menggunakan nombor mudah alih sahaja.

Kata Laluan Satu Kali (OTP) akan dihantar ke nombor mudah alih anda yang didaftarkan, dan anda perlu memasukkan kod yang sah untuk pengesahan akaun anda.

Proses pendaftaran kami adalah mudah dan pantas, daftar dengan kami untuk memperoleh cashback bagi setiap pembelian yang dilog masuk.
Apakah Pesan dan Ambil?
Pesan dan Ambil merupakan cara baharu untuk memesan di Sate RONO. Anda kini boleh membuat pesanan di saterono.beepit.com, dan mengambil pesanan anda di cawangan pilihan anda, pada masa yang anda kehendaki.
Tidak perlu beratur | Tanpa tunai | Menjimatkan masa

Buat pesanan anda dalam talian, pilih masa pengambilan yang dikehendaki dan langkau barisan di kedai – kami akan memastikan hidangan anda tersedia pada masa yang anda pilih.
Ya, perkhidmatan ini kini tersedia di kesemua cawangan Sate RONO.
Berikut adalah pilihan pembayaran yang tersedia untuk pesanan Pesan dan Ambil:

  • Kad Kredit (Visa & MasterCard)
  • Kad Debit (Visa & MasterCard)
  • Online Banking
  • E-dompet (GrabPay & Touch ‘n Go eWallet)
SMS pengesahan pesanan akan dihantar ke nombor telefon berdaftar anda setelah pesanan anda diserahkan. Sila klik link yang terdapat di dalam SMS anda untuk mengetahui status pesanan anda.

(Jika anda tidak menerima SMS dalam peti masuk anda, sila hubungi cawangan dimana anda membuat pesanan tersebut, kami akan cuba membantu anda)
Tempahan dalam talian dibuka selama 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Anda boleh mengambil pesanan anda di kedai dari jam 3.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari, kecuali Hari Rabu.
Bagaimanakah cara untuk dapatkan ganjaran dari sate rono?
Daftar atau log masuk untuk membuat pembelian dan dapatkan Cashback di saterono.beepit.com.

Ganjaran akan diberikan untuk pesanan yang lengkap dan akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk ditunjukkan dalam akaun anda.

Dapatkan 10 mata ganjaran dan 5% cashback untuk setiap jumlah yang dibelanjakan, tidak termasuk SST.

Setiap ganjaran boleh ditebus pada pembelian seterusnya melalui laman web saterono.beepit.com, In-Store, Scan and Order atau Takeaway.

Tarikh luput cashback adalah 3 bulan.

Setiap pelanggan hanya boleh mengumpul ganjaran untuk 2 pesanan sahaja dalam sehari.
Ganjaran anda adalah eksklusif untuk akaun anda dan tidak boleh dipindah milik dalam apa jua keadaan.
Ganjaran hanya tersedia untuk pembelian log masuk yang dibuat melalui In-Store, Scan to Order, Takeaway dan laman web saterono.beepit.com sahaja.

Pelanggan boleh menyemak ganjaran keahlian melalui aplikasi Beep.

Saya berminat untuk memberikan baucer Sate RONO kepada pekerja/pelanggan saya sebagai hadiah. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan baucer ini?
Baucer hadiah boleh dibeli melalui link https://saterono.beepit.com/voucher.

Baucer hadiah ini dijual dengan nilai RM5, RM10, RM20 dan RM50.

Baucer ini mempunyai tempoh sah laku selama 6 bulan.
Adakah Sate RONO menerima tempahan catering untuk jamuan makan, open house perayaan dan jamuan korporat?
Ya, kami menerima tempahan catering untuk jamuan makan, jamuan open-house perayaan dan jamuan korporat.

Sila hubungi kami di +6011-6563 6996 untuk maklumat lanjut.
Nikmati hidangan sate yang sentiasa panas, pada bila-bila masa!
Kami nak kongsikan cara mudah untuk panaskan semula sate kegemaran anda.
Tip Menyimpan Sate
Simpan di dalam peti sejuk atau peti beku, gunakan pembalut plastik.

Kuali leper

1. Nyahbeku sebelum dipanaskan.
2. Panaskan kuali leper.
3. Susun sate di atas kuali leper and terbalikkan beberapa kali sehingga mencapai panas.

Ketuhar Gelombang Mikro

1. Susun sate di atas pan pembakar yang sesuai.
2. Letakkan 1 cawan air di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini untuk mengelakkan sate menjadi terlalu kering.
3. Tetapkan ketuhar gelombang mikro pada sederhana tinggi antara 3-6 minit.

Tempoh pemanasan mungkin berbeza mengikut ketuhar gelombang mikro. Suaikan masa mengikut peralatan anda.

Kuali leper

1. Nyahbeku sebelum dipanaskan.
2. Panaskan kuah kacang di dalam kuali leper dengan api yang kecil. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.

Ketuhar Gelombang Mikro

1. Tuang kuah kacang di dalam mangkuk yang sesuai.
2. Letakkan 1 cawan air di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini untuk mengelakkan kuah kacang menjadi terlalu kering.
3. Tetapkan ketuhar gelombang mikro pada sederhana tinggi antara 3-6 minit.

Tempoh pemanasan mungkin berbeza mengikut ketuhar gelombang mikro. Suaikan masa mengikut peralatan anda.